Wednesday 29 June 2011

Kepentingan Bersukan



Semua orang perlu bersukan sebanyak tiga kali seminggu. Bidang sukan sangat penting kepada masyarakat dan negara. Ini kerana bersukan dapat menyihatkan badan. Bersukan juga mempunyai kepentingan tersediri.
     Kita boleh bersukan untuk mengisi masa lapang. Cara ini dapat membantu kita mengisi masa lapang dengan berfaedah. Cara ini juga dapat menolong kita mencergaskan badan. Perbuatan ini boleh menepati peribahasa ‘badan cergas otak cerdas’    
     Selain itu, bersukan dapat membantu kita menjaga kesihatan. Semasa kita bersukan, badan kita mengeluarkan peluh. Secara tidak lengsung, garam yang berlebihan dikeluarkan. Dengan ini, kita tidak akan mudah menjadi gemuk.
     Di samping itu, bersukan juga dapat mengelakkan diri kita daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat. Kita juga tidak akan melakukan kegiatan yang tidak seronok jika kita bersukan. Jenayah di negara kita juga dapat dikurangkan.
     Bagi mereka yang berbakat dalam bidang sukan, mereka boleh mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara dengan mengambil bahagian dalam pertandingan, seperti Lee Chong Wei. Jaguh-jaguh sukan sebegini akan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.
     Oleh itu, semua pihak harus sedar akan kepentingan bersukan. Jika semua masyarakat bersukan, maka kes jenayah di negara dapat dikurangkan dengan mudah.

No comments:

Post a Comment